Tuesday, January 24, 2012




Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
1.    Asap

2.    Dajjal

3.    Binatang melata di bumi

4.    Terbitnya matahari sebelah barat

5.    Turunnya Nabi Isa A.S

6.    Keluarnya Yakjuj dan Makjuj

7.    Gerhana di timur

8.    Gerhana di barat

9.    Gerhana di jazirah Arab

10.    Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.

Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasiq akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Quran hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasiq, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

ALLAH MAHA BESAR,MAHA AGUNG DAN MAHA SUCI
SUNGGUH BANYAK ALLAH JADIKAN 
MALAH MANUSIA TIDAK BERSYUKUR ATAS NIKMAT ALLAH TAALA YANG ALLAH BERIKAN 

APA NAK JADI DENGAN MANUSIA AKHIR ZAMAN INI
SEDANGKAN PERDANA MENTERI AKAN DISOAL DI DEPAN ALLAH KELAK
BAHKAN KITA SEMUA TURUT DISOAL ATAS PERBUATAN BAIK DAN JAHAT KITA
WALLAHU A'LAM BISSAWAB 

ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR,ALLAHU AKHBAR 
MAHA SUCI MU YA ALLAH
ALLAH IALAH RAJA BAGI SEKALIAN MAKHLUK
CUBA SAUDARA, SAUDARI BAYANGKAN 
MAHA LUAS MU YA ALLAH 

DEKAT DUNIA APABILA ORANG TANYA SIAPAKAH TUHANMU, SIAPAKAH NABIMU,APAKAH KIBLATMU DAN SIAPAKAH SAUDARA MU 
ALLAH TIDAK AKAN TANYA BERAPA HARTA KAMU YANG ADA DI ATAS DUNIA INI
SEMUANYA MILIK ALLAH 
ALLAH YANG PUNYA
APA YANG KITA DAPAT ALLAH TELAH SEDIAKANNYA

BERBALIK PADA SOALAN TADI
DEKAT DUNIA KITA BOLEH JAWAB 
ALLAH TUHANKU,NABI MUHAMMAD SAW NABIKU, KIBLATKU IALAH MEKAH,SAUDARAKU KAUM MUSLIMIN MUSLIMAT MUKMININ DAN MUKMINAT.
DEKAT DALAM KUBUR MULUT KITA TERKUNCI
YANG JAWAB HANYALAH AMALAN SAMA ADA AMALAN BAIK ATAU BURUK
ITU JANJI ALLAH 
SEPATUTNYA APABILA KITA PERGI KENDURI KHAWIN TIDAK PAYAH BAGI DUIT
KERANA KENDURI KHAWIN ATAU SEBAGAINYA HANYALAH DUNIA
KITA SEPATUTNYA BERSEDEKAH KEPADA ORANG YANG MEMERLUKAN 
DAN JANGANLAH MENGUNGKIT
 ALLAH MELARANG HAMBANYA MASUK CAMPUR URUSAN  ALLAH 
KERANA URUSAN MANUSIA BELUM SELESAI 

PERBUATAN PERTAMA YANG AKAN DITANYA OLEH ALLAH S.W.T IALAH SOLAT
SLOGAN DARIPADA MASJID AL-ALAMI MITC AYER KEROH MELAKA
SEMBAHYANGLAH KAMU, SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN 
ALLAH TELAH MENGURANGKAN DARIPADA 50 RAKAAT MENJADI 5 RAKAAT
ITUPUN PAYAH BAGI HAMBA2 ALLAH
KITA TIDAK BOLEH TIPU AMALAN KITA DI AKHIRAT KELAK
KERANA SEMUANYA SUDAH TERBUKTI DAN DIRAKAM OLEH MALAIKAT DI SEBELAH KIRI DAN KANAN KITA

MENGAKHIRI KULIAH PADA PAGI INI
KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH PADA SEMUA YANG TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA
AL-FATIHAH

BISMILLAAHIR RAHMAANI RAHIIM
AL HAMDU LILLAAHI RABBIL AALAMIN
AR RAHMAANIR RAHIM
MAALIKI YAUMID DIIN
IYYAKA NA'BUDU WA IYYAKA NASTA'IIN
IHDINAS SHIRAATHAL MUSTAQIIM
SHIRAATHAL LADZIINA AN'AMTA' ALAIHIM GHAIRIL MAGHDLUUBI ' ALAIHIM WALADDLAALLIIN


No comments:

Post a Comment