Tuesday, May 24, 2011

PENDAHULUAN ISLAM AGAMA SUCI

Kita adalah insan yang lemah dan daif meskipun di kurniakan akal yang bijaksana,ilmu pengetahuan yang luas dan rezeki yang lumayan, sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam beramal,teguran amat kurang sekali. Ini adalah kerana lemahnya iman, keyakinan kita kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat
   Pegangan kita terhadap keimanan kepada Allah s.w.t. terlalu tipis dan tidak bermaya sehingga mudah sekali di hasut dan dirayu oleh musuh-musuh yang menyekatkan.Nafsu dan syaitan dua makhluk Allah s.w.t. yang sedia mengajak kita terjun ke neraka untuk menikmati azab yang amat mengerikan.
  Justeru itulah Allah s.w.t. dan para rasulNya telah memberi garis panduan dan aturcara yang terbaik dalam mengendalikan diri kita supaya wujud insan taqwa di dalam semua lapangan kehidupan.
  Marilah kita mengamat-amati beberapa rangkap firman Allah s.w.t.sebagai petunjuk orang-orang yang mahu menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t.

WA QALU LAN YUDHILAL JANNAH ILLA MAN KANA HUD AU NASARA TILKA  AMANIYUHUM QUL HA'TU BURHANAKUM IN KUNTUM SADIQIN
                                                                    (baqarah 111)
maksudnya: Dan mereka Yahudi dan Nasrani berkata sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasrani.'' Demikian itu hanya angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: ''tunjuk kan lah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar."

No comments:

Post a Comment